Sunday, July 24, 2011

warkah buat tunangku~


MASIHKAH ENGKAU BUAH HATIKU….

Satu hari nanti, kecerianku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humour, dan hanya bercakap benda-benda kasar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Masih kuatkah cintamu padaku?

Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarankannya kepadamu aku terasa malu. Masalah batin yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita dihatimu?

Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku da keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Kelurga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus? Aku akan berusaha agar ianya hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

Jika aku menjadi lelaki yang menjemukan. Aku mangharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakanku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

Jika kerjayaku berkembang diluar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa dan teman-temanku, dan aku terpaksa selalu ke sana ke sini untuk bekerja, sabarkah engkau dengan suasana itu, dan adakah aku masih cinta hatimu?

Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumah tangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku bahtera rumah tangga kita?

Sekiranya rumah tangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau strok yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup disisku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami? MASIHKAH ENGKAU MENCINTAIKU? 

Ku pastikan langkah kaki cintaku  tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran di akhir mindaku..
Kini..ku pasti mencintaimu kerana NYA..



Wednesday, July 6, 2011

have a safe journey back to home.. :)

'awak'

i pray for

a

SAFE
journey back
to 
home

:)





..............

wink2
.......

..as feelingless as flying dandelion..



a beggar is wondering
'i love a princess very much'
n
'can i live together with a princess ? ' 
'm i deserved a princess'
?

while miles away
from there
....



a princess is thinking
'can i marry a beggar?'
'm i sure with my feelings ? '


..at last..
only god's destiny
..will make them together.. 


..as feelingless as flying dandelion..


how cruel this life can be
how happy this life can be

..we cant neva see our future..
..neva..

Wednesday, June 29, 2011

.. epy anniversary..


Batas Hubungan semasa bertunang

Biarpun seorang lelaki dan perempuan telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perpempuan yang telah berkahwin secara sah.

Saya bersyukur kerana jarak lapan jam perjalanan dengan bas bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan berkaitan, namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.

Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.
Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.

Bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan resah dan bersalah, maka selesaikan perincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mendatangkan dosa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui kamu saling menyayangi.


Rahsia pertunangan

Pertunangan juga tidak perlu dihebahkan.
Nabi sendiri ada mengingatkan kepada kita: “rahsiakan pertunangan dan iklankan(maklumkan) tentang perkahwinan”.  
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a dan disahihkan oleh al-Abani di dalam Irwa’ al-Ghalil).

Pertunangan adalah komitmen penuh harapan yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun Ulama’ menjelaskan bahawa hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebahkan-hebahkan bagi ‘menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik’.


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup………..selama-lamanya sampai ke syurga abadi.....


Jangan tergesa-gesa, dan jangan bertangguh-tangguh.

Komitmen ‘atas angin’ yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.
Untuk mereka janganlah pula pendapat saya ini menjadi alasan untuk cepat seseorang itu memutuskan perhubungan. Janganlah biarkan emosi kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya.

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada daripada kalangan adik-adik khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bwalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenangya membatalkan hubungan. Ingatlah pesan nabi S.A.W  “Apabila datang melamar kamu seseorang yang kamu redha agamnya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas.”
 (Riwayat Turmuzi)


Dalam soal perkahwinan ini, 
jangan tergesa-gesa dan jangan bertangguh-tangguh.

-amiiin-

Friday, March 18, 2011

this week..you come back to my life..
you said that..you cant forget me..
you ask me to make a decision..


but deeply in my heart..
i realize..
what if i make a decision that turns out to be the wrong one..
i might lose you for eva..

but somehow..


if i cant make any decisions..
i will lose you to him..

its is a really hard time for me..
honestly..i cnt afford to lose you again..

mybe..
wish i cn be a dandelion..
flying feeling less when blow by the wind..


and if my answer is 'no'
i hope you cn understand..
n i juz want to say that..



somebody love you..
Even if I'm not in your life
It's in my memory
Now when you remember me
And before you set me free
..That somebody's me..
..i'll love you forever..

Wednesday, March 16, 2011

you are not always mine..........just like the sky isn't always blue..

The sky isn't always blue
The sun doesn't always shine
It's alright to fall apart, sometimes.
I am not always you
And you are not always mine
It's alright to fall apart, sometimes.

After all is said and done
One and one still is one
When we cry, when we laugh
I am half, you are half

The heart isn't always true
And I am not always fine
We all have an angry heart, sometimes.

After all is said and done
One and one still is one
When we cry, when we laugh
I am half, you are half

Look how far we have come
One and one still is One

One moon , one star 
I love the one we are
One thread, one line 
Let's stand still in time


5jan...